Thursday, 9 June 2011

Ressa Herlambang

salam.. hype smue.. huhuhu sowi sbb da lame x update.. termalas lak..ahaha ape y aku nk kongsi ngn korang smua arini pasal Ressa Herlambang.. aku xtau la kn... lagu ni da lame tp arini baru aku dgr..ahahha sengal tol aku.. anyway.. aku suka lagu ni.. Menyesal.. lagu ni sgt menyentuh prasaan ati aku.. haissshhh... sayup2 je... lagunye pn sgt mendayu.. sape y xpenah dgr, try la dgr.. :) keep enjoy...

Tuesday, 31 May 2011

smue itu telah d takdirkan

semalam aku tgk cter y aku suke...huhuhu cter JUVANA..ahaha aku suke tgk cter 2 sbb die byk pengajaran..ehehe smlm aku dpt 1 pengajaran y plg besar dr kata2 dlm cter 2.. plakon utama die kn Daim..huhhu persoalan y die tampilkn same cm slame ni aku persoalkn ttg dri n hdop aku.. aku ykin la bkn aku sowg je cmni, smueowg slalu persoalkannya... soalan y sering d tnye bile d landa msalah:
1. pe salah aku?
2. pe dosa aku?
3. nape mesti aku y trima smue ni tp bkn owglen?
4. nape sampai cmni skali?
tp pe jwpnnye adalah smue itu tlh d takdirkan olehNya.. jgn merungut stiap pe y blaku dlm hdop ni.. hdop akn tetap sengsara sedangkn kite ade mase utk ubah hdop kite... jgn pernah putus asa...
ape kata tgk la ep nye sndri... :)
harap dpt pengajaran dr smue ni :)

Monday, 23 May 2011

Time Kasih Semua...

arini aku tgk aku nye result.. result da keluar smue... bila aku tgk result aku...
air mata aku mengalir... aku x tau pe y aku rse... pe y aku tau, aku terharu bile tgk result aku,..
sememangnya result aku xde la baik n bagos... 
tp alhamdulillah... result aku x steruk dulu o senang citer kputusannye xde la dlm jangkaan aku.. sebab aku tau bila aku tertekan, semua bnda aku x ley wat... semua bnde aku wt x mnjadi n sgt2 la terok... aku ingt lg, pd permulaan sem ni aku da tsgt2 down.. ade jgk aku rse nk break 1 sem.. aku rse aku x dpt stdy n aku xley wt pe.. rse cm da gler pn ade... stiap ari aku nanges... stiap ari aku down smpai aku da xyakin akn dri aku,.. aku rse aku xmmpu utk lkukn ape2.. aku dah potos asa... aku rse kseorangan n kosong walaupun aku de kwn sekeliling aku lebih2 lg kwn aku linda ngn nisya y sentesa kt sisi aku... dieowg x pernah biarkan aku sowg2 n dowg sentesa bg aku semangat walau terok cmne pn aku... dowg x pnh penat bg nsht kt aku n buat supaya aku yakin ngn dri aku.. dowg jgk mcm2 wt supaya aku xrse kosong n kseorangan... walaupepun dowg ckp n bg nsht kt aku, tp aku tetap rse kseorangn n sedey... mungkin sbb ati aku y tlalu sedeyh n aku xley trime pe y blaku...
shinggelah 1 ari... aku kuatkn ati aku utk xnk pk pape.. aku nk buang smue prasaan aku wlaupun aku xley.. pe y aku wt, aku ikut ckp dowg.. aku bz kn dri aku... aku bzkn dri aku ngn masuk smue aktiviti n aku stdy.. wlaupun pd ati nurani aku sbenarnye menanges sentesa... aku cuba ubah dri aku... aku wt2 epy dpn smue tp aku x ley tipu linda n nisya.. huhuhu xtau la nape.. aku gelak cmne pn dowg tau aku sedey... mungkin dowg da knl aku sgt... aku tipu n wt2 epy depn sowg pn sbb aku xnk dowg risaukn aku...haiisshhh..
aku mula ubah dri aku ckt demi sdikit... tp bkn ubh apepn.. aku ubh dri aku jd owg tersibuk ngn smue aktiviti n stdy wlopun jiwe kaco xley stdy sbenarnye.. huhu aku jugak mengaji tiap2 ari pas smayang maghrib.. bila aku wt smue ni, ade la sikit ktenangan aku dpt rsekn.. xde la sekacau dlu,... aku cuba kuatkn dri aku n aku cube lwn dri aku sndri cz aku tau... musuh ketat aku adalah dri aku sndri sebenarnye.. xlupa jgk aku kt zu... zu byk bantu aku jgk n bg aku semangat.. die byk bantu aku dlm stdy... die x jemu2 kot tlg aku naik kan semangat aku dlm pelajaran bila aku down... time kasih zu...
tima kasih dowg smue y tlg aku utk aku wt y terbaik utk sem ni... time kasih sgt2.. kalo kowg smue xtlg, aku xtau la pe y aku dpt utk sme ni.. mugkin trok.. aku akn cbe wt y terbaik lg,... n kpd owg tu... aku akn tetap mnunggu n xkn pnh serik utk tunggu... time kasih kwn2 ku... kowgla kwn aku shingge slamenye... :') sowi kalo kowg rse aku merepek.. tp pe y aku nk btau.. aku nk ucap trima kasih sgt pd kowg.. luv u all so much... 

 

Thursday, 19 May 2011

..Dugaan Allah pd hambaNya..





Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
                                   
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali. Jangan harapkan cinta sebagai
balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untukmenyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar  kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Sunday, 8 May 2011

TiReD oF wAiTiNg........

from my heart :

i'm getting tired of waiting...
u know? do u know how i feel?

i'm getting tired of waiting again..
do u still remember me?

even as a day passes, i cant forget u..
even if a month passes i cant let u go..
do u know my heart that still wants u?

i get tired and go crazy as i wait for u..
every single day, each day feels like a year..
as i wait.... as i wait for u...
it feels like u'll come back any second..
it feels like i'll see u again when i turn around..
i'm getting tired and going crazy...
but still i endure in case u come back..
i'm still waiting for u...

why i'm suffering like this?
it's chaos inside my head, i cant stand it..
i waited and waited but there's no news of u..
i'm not one to cry over u..
u'r not one to leave bcoz of me
how did i come to suffer like this?
how its so hard for me right now?

i'm so tired waiting u........

Wednesday, 27 April 2011

...AkU TaK TaHu Pe YaNg AkU RaSe..

arini...


arini memang terok... aku sendiri xtau pe yang aku rase...


nape aku rase cmni??
aku sendiri x tau...
yang aku tahu:
di kala hati ini tiada siapa y ketahui


luahan hati nuraniku:                                                                    


hati rase kekosongan...
bagai tiada apa yang ada lagi...
diri rasa tiada upaya...
hidup sendirian..
tiada apa yang di inginkan dan tiada tujuan...
segalanya yang rasa hanyalah kekosongan...
adakala diri ini rasa tiada guna..
diripun keliru denga kehendak sendiri..
apa yang diinginkan?
sendiri tiada jawapan...
yang di rasa hanyalah kekecewaan...
kesedihan...penyesalan...
dan adakala diri ini merasai seperti sudah putus asa...
adakala diri ini rasa buntu..
dengan hati dan perasaan...
hanya dengan tangisan...
smuanya di luahkan...


tuhan.. bantulah aku.... 
kuatkanlah atiku dalam menghadapi ujianMu....







Saturday, 16 April 2011

Kau Sahabatku Kau Teman Sejati...

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
from me: ifa
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.
Free Fire Pointer Orange Cursors at www.totallyfreecursors.com